Pencinta-pencinta yang tulus
relakanlah perpisahan itu
andai ia bukan terpinta
mesti hati meronta
jangan biar ia jadi sekam
perlahan tapi membinasa.
Pencinta-pencinta yang setia
relakanlah perpisahan itu
andai sukar untuk terima
jangan biar jiwa terluka
kerana bahagia tak pernah bertepian
Pencinta-pencinta yang tulus
relakanlah perpisahan itu
andai hati retak berbelah
jangan biar ia
musnahkan hidup tulus mencari bahagia
Pencinta-pencinta yang suci
relakanlah perpisahan itu
ia sebuah sejarah luka
berilah ia titik noktah
untuk lembarkan bahagia
yang mungkin manis untuk dikecapi..
Jangan tangisi
jangan sesali
kita insan bertuah kerana
hidup pernah berteman jiwa lara
(Miss Gappy, 19/11/2008)
No comments:
Post a Comment